Hi, how can we help?

Orders & Shipping

Orders
Shipping Options
Shipping Programmes
Ratings & Reviews

[Pusat Pengambilan Sendiri] Soalan Lazim mengenai Pusat Pengambilan Sendiri Shopee

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah berat maksimum yang diterima dan saiz yang dibenarkan bagi bungkusan agar layak untuk Pusat Pengambilan Sendiri? 
 
Buat masa ini, Pusat Pengambilan Sendiri hanya mampu membenarkan penghantaran sehingga 12 kg [dimensi maksimum 40cm setiap sisi (Panjang, Lebar, dan Tinggi)].
 
2. Apakah yang harus saya lakukan jika saya menerima panggilan dari pusat pengambilan sendiri untuk mengemaskini alamat penghantaran kepada alamat rumah saya? 
 
Sila hubungi kami melalui saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini untuk bantuan selanjutnya.
 
3. Bolehkah pembeli boleh menggunakan Jaminan Shopee untuk memanjangkan tempoh Pusat Pengambilan Sendiri? 
 
Tidak, tempoh Pusat Pengambilan Sendiri tidak boleh dipanjangkan jika pembeli cuba melanjutkan Jaminan Shopee. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana Jaminan Shopee berfungsi
 
4. Bolehkah orang lain mengutip pesanan untuk saya?

Ya, orang lain boleh tolong anda untuk mengutip pesanan tetapi dia perlu mempunyai perkara berikut:
 
  • Pautan URL untuk pengutipan, yang mengandungi kod PIN 6 digit
  • Nombor telefon penuh yang digunakan untuk membuat pesanan
  • Nombor penjejakan pesanan (SPXMYxxx)

Namun, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian dan kerosakan (secara langsung atau tidak langsung) yang berpunca daripada tindakan anda.

5. Apakah yang perlu saya lakukan jika bungkusan saya tidak ada di Pusat Pengambilan Sentiri yang dipilih?

Kami minta maaf anda tidak menerima pesanan anda. Anda boleh pergi ke halaman butiran pesanan untuk mengisytiharkan bungkusan sebagai hilang dan anda akan menerima bayaran balik mengikut proses Pulangan dan Bayaran Balik Standard Shopee. 

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menerima item yang salah di Pusat Pengambilan Sendiri?

Sebelum anda menerima bungkusan anda, sila periksa nombor penjejakan anda di aplikasi. Pastikan ia sepadan dengan yang terdapat pada bungkusan. Jika tidak sepadan, sila maklumkan kepada ejen di Pusat Pengambilan Sendiri bahawa mereka telah memberikan bungkusan yang salah.

Klik di sini untuk mengetahui cara menjejaki dan mengutip bungkusan anda di Pusat Pengambilan Sendiri.

Jika disahkan bahawa anda telah menerima bungkusan yang salah, minta ejen di  Pusat Pengambilan Sendiri untuk memeriksa jika terdapat bungkusan lain dengan nombor penjejakan anda. Jika tiada bungkusan tersebut, sila pergi ke halaman butiran pesanan untuk membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik dan anda akan menerima bayaran balik mengikut proses Pulangan dan Bayaran Balik Standard Shopee. 

7. Apakah yang perlu saya lakukan jika ejen di Pusat Pengambilan Sendiri tidak menerima kod PIN 6 digit saya? 

Sila pastikan maklumat yang anda berikan sepadan dengan mereka. Untuk sebab-sebab keselamatan, ejen tidak akan menyerahkan bungkusan kepada anda jika maklumat tidak sepadan.

Klik di sini untuk mengetahui cara menjejaki dan mengutip bungkusan anda di Pusat Pengambilan Sendiri.
 
8. Apakah yang harus saya lakukan jika bungkusan yang dihantar rosak? 
  
Sila terus menerima bungkusan dari ejen pusat pengambilan dahulu. Kemudian laporkan kes tersebut dengan membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik melalui aplikasi atau laman web Shopee dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan. Sila pastikan anda telah mengambil gambar dan video pembungkusan dan juga produk yang rosak.
 
9. Bolehkah saya mengembalikan pesanan saya di pusat pengambilan sendiri? 
 
Tidak. Proses pemulangan dan pembayaran balik akan mengikut proses piawai Pulangan/Bayaran Balik Shopee.
  
10. Berapakah had pembayaran untuk pesanan Pusat Pengambilan Sendiri Pembeli?

Had pembayaran untuk pesanan Pusat Pengambilan Sendiri Pembeli ialah RM80.

⚠️ Nota:
 
Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik dan bila anda boleh memohon Pulangan/Bayaran Balik
Was this article helpful?
Yes
No